::ika damya::
the owner

Navigation : touch hover image




jom borak!




Permata hati

Hadirnya dia dalam hidup ini tanpa aku sedari.. menghadirkan kasih yang kian lama kian bersemi.. hadirnya insan ini, merupakan anugerah ilahi buat aku.. lembut tutur , kesopanan dan keperibadiannya telah menyentuh segenap ruang di hati ini.. segalanya menarik dan memikat tangkai hati untuk mendekatinya.. aku akui, kasih dan sayang itu telah sebati dalam diri ini.. menjadikan aku menghormatinya lebih dari sekadar teman.. namun, setelah kaki ini melangkah, baru aku temui bahawa insan itu telah dimiliki.. betapa perit harus aku hadapi kenyataan pahit itu.. aku juga hawa yang punya hati dan perasaan.. bagaimana mampu untuk aku merampas hak kaum aku sendiri.. sedangkan aku juga hawa yang tamak akan sebuah kasih sayang untuk aku miliki sendiri tanpa dikongsi.. memang dia yang aku cari selama ini, tapi aku tidak pasti akan perancangan ilahi.. apakah dia insan yang akan ku miliki kelak.. jauhkanlah perasaan dalam hati ini seketika.. tidak kuat untuk aku melihat titisan air mata kedukaan dan kekecewaan dari kaum hawa aku juga.. damaikanlah hati ini dari berterusan merintih.. biarkanlah air mata ini shaja yg membasahi.. Engkau temukanlah aku dengan jalan cahaya kebahagiaanMu.. letakkanlah aku sentiasa di bawah rahmatMu.. agar aku sentiasa kuat melihat mereka tersenyum bahagia menggapai bahagia.. kerana aku yakin dan pasti, akan ada kebahagiaan yang menunggu aku.. aku redha dengan ketentuanMu..