Hanya PadaMu aku Kembali
Saat aku jatuh tersungkur lantaran kekecewaan yg kau lemparkan, hanya namaMu yang aku lihat..
Saat aku terduduk tidak mampu berdiri lantaran lemah tidak bermayanya kudrat ini, hanya namaMu yang aku lihat..
Saat bibir ini terkunci diam tidak terkata lantaran menahan sebak di dada, hanya namaMu yang aku lihat..
Saat mata ini berterusan menitiskan airmata lantaran pedihnya jiwa, hanya namaMu yang aku lihat..
Hanya Engkau Ya Allah..
Ya Allah,
Ampunkanlah aku yang leka dengan manisnya cinta manusia..
Ampunkanlah aku yang hanyut dengan asmara permainan cinta manusia..
Ampunkanlah aku yang terlelap dengan gelapnya cinta manusia..
Dungunya aku dengan kenikmatan dunia..
Bangganya aku dengan kesenangan dunia..
Angkuhnya aku dengan kehidupan dunia..
Hingga aku lupa akan kehadiran cintaMu Ya Allah..
cinta manusia menjerat pernafasanku..
Cinta manusia membunuh hatiku..
Cinta manusia melenyapkan kehidupanku..
Keindahan cinta manusia mengalpakan aku akan kehadiranMu sebagai penciptaku..
Yang baru kini aku sedar, Engkaulah segalanya..
Yang kini aku sedar, Engkaulah tempat aku meminta,
Yang kini aku sedar, Engkaulah yang memberiku bahagia..
Maafkanlah hambamu yang alpa ini..
Disaat kecewa menyapa, Al quran yang aku tempatkan di satu sudut, mula aku teroka terjemahannya.. sedar aku, bahawa inilah nadiku.. punca kekuatan untuk aku bangkit..
Disaat kesedihan melanda, Cinta Engkau baru aku tagihkan..
Betapa hina diri aku sebagai hambaMu..
Namun Engkau lagi Maha pengasih dan Penyayang..
Engkau salurkan aku kekuatan kembali..
Untuk aku terus bangkit menongkah arus kehidupan..
Dengan bekalan ketenangan kepadaku..
jalan itu, memimpin aku berhijrah menjadi muslimah solehah..
Buat insan itu, bukan kesalahan yang aku lontarkan kepadamu..
Namun ucapan terima kasih yang ingin ku hulurkan..
Ya Allah,
Hanya padaMu aku serahkan hidupkan..
Hanya padaMu aku serahkan hatiku..