Perbezaan
Sejauh mana langkah aku mengejar kau
Sejauh mana hati aku menyayangi kau
Sejauh mana ingatan aku pada kau
Semua tu hanya sebuah mainan lamunan
Seharusnya aku sedar dan berhenti dari terus terleka dan terleka..
Berapa besar jurang perbezaan itu antara kita..
Berapa banyak perbezaan itu yang menjarakkan kita..
Betapa aku cuba melawan arus
Membaiki diri mencari kesempurnaan untuk seiring dengan kau
Namun masih terlalu banyak perbezaan itu
Lantas membatasi perjalananku
Adakah aku yg alpa ataupun aku yg "syok" sendiri
Semakin aku mencari kesempurnaan itu
Semakin aku hampir menemui jurang perbezaan
Menandakan aku harus berundur sebelum tiba di pengakhirannya
Menerima ketetapan itu sblm maklum akan sebuah kesudahan
Perit, sakit, pilu,
Bagaikan telah adunan sebati tika itu
Dunia bagaikan kesuntukan waktu
Hanya kegelapan yang aku temui
Dengan kudrat yang dipinjam dari Ilahi
langkah dihayun membelah kegelapan
Butir mutiara seakan memahami keadaan itu
Menemani langkah demi langkah
Teruskan langkah tanpa memandang belakang , kiri dan kanan ..
Fokus tika itu hanya dihadapan
Mengharap cahaya terang menerangi
Bukan ini yang aku mahu
Bukan ini yang aku relakan
Tapi ketentuan telah menyatakan
Jurang Perbezaan itu terlalu menyakitkan..
Label: open your mind and heart, sharing your opinion :)