
|
the owner ![]() jom borak!
| study holla,. good evening.. see again yaaa,. ^.^ ,.
keadaan kucing kat atas ni, sama macam aku kalau dah tension study.. dari awal rasa semangat je, tp bila dah lama-lama, mulalah semangat tu menghilang. kini, aku mula percaya akan kata-kata
"jangan terlalu membenci sesuatu, kerana akhirnya nanti kita akan jadi suka
jangan terlalu menyukai, kerana akhirnya nanti kita akan jadi benci"
kenapa???? itulah yang aku alami. dulu, aku sangat benci dengan matematik. macam kucing kat atas ni larh lau aku belajar matematik. cepat sangat give upnya berbanding study subjek lain. kalau time kelas matematik je, aku akan malas n buat tak tahu. dan secara jujurnya aku tak pernah nak target untuk dapatkan A pun untuk matematik. bukan matematik je, yang berkaitan dengan matematik je, memang aku benci habis. sewaktu aku tingkatan 5, cikgu matematik aku ni memang terbaik. macam mana aku tak faham pun, dia akan beri tunjuk ajar kat aku sampai aku betul-betul faham. dan dia akan suruh aku buat latihan matematik smpai aku pandai buat jalan kira-kira tu. elok-elok aku tak minat dan malas, timbul rasa kesian dengan kesungguhan cikgu.aku cuba untuk selesaikan setiap soalan yang cikgu bagi. haaa, kalau nak tahu, cikgu selalu jugak kejut aku kalau aku dah mula meletakkan kepala atas meja.. ngeeee,. maafkan saya ye cikgu.
hampir nak spm, kawan aku sanggup pertaruh yang dia bernazar sanggup botakkan kepala kalau aku dapat matematik A dalam spm,. caiya larh.. dalam masa yang sama, kawan-kawan lain pun turut bagi sokongan dan dorongan supaya aku dapat A sebabnya, dowg tu nak tngk kepala botak kwn ni.. ahahaha.. tapi, yang sedihnya, aku dapat B+ je untuk matematik time result spm kluar. menangis jugak aku dibuatnya. even aku tak minat dengan matematik, tapi bila kenangkan kesungguhan cikgu, nazar kawan yang sanggup botakkan kepala serta sokongan dan dorongan kawan yang lain, membuatkan aku jadi sangat kecewa. namun, aku tak putus asa setakat di situ. aku ambil peluang dengan mengambil jurusan perakaunan sekarang. dengan berkat usaha aku, sokongan kawan-kawan, juga daripada lecturer, aku dapat A dalam matematik. aku belajar tanam minat pada matematik. dan try untuk cinta pada matematik. alhamdulillah. so, apa yang dapat aku pelajari dripda hidup aku sendiri, bahawa, perasaan minat dan suka tu perlu dipupuk dalam diri sendiri. untuk kebaikan sendiri juga kan. minat dan sukalah akan sesuatu yang kita benci jika ianya memberikan manfaat buat diri sendiri.
|